Page 206 - Demo
P. 206
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-112Meningkatkan Saringan Kanser Kolorektal dan Pengendalian Ujian Positif di KlinikKesihatan Daerah MersingNur Emillia A1, Suriati H2, Siti Balqis C3, Zul Hakim MK1, Norismaton MK1, Mohd Akmal B2,Norzaher I41Klinik Kesihatan Mersing Kanan, Johor2Klinik Kesihatan Endau, Johor3Klinik Kesihatan Tenggaroh 2, Johor4Pejabat Kesihatan Daerah Mersing, JohorPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kanser kolorektal merupakan kanser kedua kerap berlaku di Malaysia dan saringan awal bolehdilaksanakan menggunakan Immunological Fecal Occult Blood test (IFOBT). Pencapaian saringan kanserkolorektal di Klinik Kesihatan (KK) Daerah Mersing adalah rendah iaitu 195 ujian bagi tahun 2022 dankes positif tidak dikendalikan dengan baik. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan saringan IFOBTdan menambahbaik pengendalian kes positif IFOBT di KK Daerah Mersing.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator bagi kajian ini ialah bilangan saringan IFOBT yang dijalankan di KK Daerah Mersingmeningkat 80% lebih tinggi daripada pencapaian tahun 2022. Bilangan klien positif IFOBT yang dirujukke klinik pakar juga diukur untuk pengendalian kes positif.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian penambahbaikan kualiti ini dilaksanakan di semua klinik kesihatan daerah Mersing. Data diambildaripada reten bulanan, pencapaian tahunan dan borang kaji selidik. Intervensi pertama telah dilaksanakanpada Januari - Mac 2023. Manakala pasca-intervensi pada April -Julai 2023. Intervensi kedua padaSeptember - November 2023 dan pasca-intervensi pada Disember - Februari 2024.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Faktor penyebab dikenal pasti ialah pengetahuan anggota kesihatan tentang ujian IFOBT yang tidakoptimum, proses kerja saringan berbeza antara klinik, klien tidak memulangkan botol sampel dan tiadacara pemantauan yang efisien.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Strategi penambahbaikan termasuklah taklimat kesedaran kanser kolorektal, pemberian infografik, danpengukuhan proses kerja ujian IFOBT menggunakan google sheet ujian IFOBT. Group whatsappdiwujudkan merangkumi paramedik, juruteknologi makmal serta pegawai perubatan klinik. Google sheetujian IFOBT positif dan group Whatsapp melibatkan Liaison Of icer Pejabat Kesihatan Mersing danklinik pakar pembedahan diwujudkan untuk menambahbaik pengendalian kes positif.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Pasca-intervensi menunjukkan peningkatan sampel IFOBT kepada 265 sampel (April - Julai 2023)berbanding 31 sampel (Januari - Mac 2023). Keseluruhan jumlah sampel meningkat 263% dari tahun2022 iaitu 709 sampel. Rujukan klien positif ke klinik pakar pembedahan meningkat daripada 19 orang(2022) kepada 63 orang (2023).LANGKAH SETERUSNYA:Projek akan diteruskan untuk meningkatkan saringan kanser kolorektal dan rujukan kes positif.205 | Page