Page 205 - Demo
P. 205
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-111Kain Penimbang Bayi. Tepat, Mudah dan Selamat (A.E.S Scale)Nur Ezzati S1, Hazwani Nabihah B1, Mohamad Firdaus MA2, Amilla S2, Nordina A1, Siti Hajar H11Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Teluk Intan, Perak2Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak, PerakPENGENALAN:Risiko pendarahan di bahagian kepala akibat bayi terjatuh adalah perkara yang wajar dipandang seriuskerana boleh melibatkan morbiditi dan mortaliti bayi yang berusia kurang dari satu bulan. Risiko bayijatuh semasa proses menimbang di rumah merupakan satu insiden yang mampu dielakkan denganmewujudkan proses kerja lawatan rumah yang lebih baik. Satu kejadian bayi hampir jatuh (near fall)semasa proses menimbang di rumah telah dilaporkan pada Januari 2019 di Klinik Kesihatan Ibu dan AnakTeluk Intan (KKIA TI), justeru inovasi kain penimbang bayi yang telah dimulakan pada tahun 2020dengan menambah baik aspek keselamatan secara menyeluruh dengan kos penghasilan minima RM5.METODOLOGI:Kaedah %u2018pendekatan berfokus%u2019 digunakan untuk mengatasi kelemahan aspek keselamatan kain penimbangsedia ada. Penambahan %u2018hood%u2019 kepala dan kaki ,%u2019body strap%u2019 boleh laras dan senggatan kekal padapemegang penimbang adalah kunci utama penghasilan produk. Kriteria inklusi adalah 100 kelahiran bayiyang dilaporkan termasuk kes tumpang bawah 30 hari.HASIL KAJIAN:Kajian kepuasan pelanggan melibatkan 100 klien ibu postnatal tentang keberkesanan produk dilaksanakanmendapati 100% klien berpuas hati dengan penggunaan produk ini. Objektif inovasi tercapai apabila tiadakes bayi jatuh berulang dilaporkan (S: Safe), anggota berkeyakinan dengan proses timbang bayi yangmudah (E: Easy) tanpa menjejaskan julat bacaan berat bayi (A: Accurate).PERBINCANGAN:Penghasilan A.E.S SCALE terbukti mengurangkan risiko insiden bayi jatuh dan mempercepatkan proseslawatan anggota kesihatan. pergerakkan bayi terkawal. Produk ini telah mendapat pengiktirafan 4 bintangdalam Konvensyen Kualiti Hospital Teluk Intan pada tahun 2022. Seterusnya replikasi A.E.S scale initelah diperkembangkan ke semua klinik desa di bawah operasi KKIA TI dan diguna pakai sehingga kini.204 | Page