Page 202 - Demo
P. 202
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-109Meningkatkan Peratus Pemeriksaan Gigi Ibu Mengandung di Klinik Pergigian BukitBetongRasyidah Fatihah Awatif R1, Siti Nur Afifah R1, Fariha FK, Amira Sabrina Z1, Siti Nur Hayati ZA2,Amira Sakinah A3, ,Fatiha Izzaty MA2, Hannah Liyana MI4, Najihah K3, Siti Khadijah MN51Klinik Pergigian Kuala Lipis, Pahang2Klinik Pergigian Bukit Betong, Pahang3Klinik Pergigian Sungai Koyan, Pahang4Klinik Pergigian Padang Tengku, Pahang5Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Bukit Betong, PahangPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Ibu mengandung (IM) mudah menghidapi masalah pergigian kerana perubahan hormon sepertimeningkatkan risiko komplikasi kelahiran pramatang dan kelahiran bayi kurang berat badan. Pemeriksaangigi IM adalah langkah awal untuk mengesan masalah pergigian. Kehadiran IM di Klinik Pergigian BukitBetong (KPBB) adalah terendah dalam daerah Lipis. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan peratuspemeriksaan pergigian IM.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Kayu ukur utama untuk penambahbaikan adalah peratus IM yang hadir ke KPBB untuk pemeriksaan.Standard yang ditetapkan adalah 85% berdasarkan District Specific Approach (DSA).PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Maklumat diperoleh melalui semakan rekod data PG101 KPBB, reten IM, dan soal selidik kepada IMserta staf KKIA.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Hasil kajian mendapati 38.1% IM telah mendapatkan pemeriksaan pergigian di KPBB sepanjang Januari%u2013 September 2021. Faktor utama IM tidak mendapatkan pemeriksaan gigi adalah sukar hadir mengikuttarikh lawatan (33.3%), tidak dirujuk oleh staf KKIA (26.7%), merasakan tidak perlu pemeriksaan keranatiada masalah (26.7%) serta tidak berminat menerima pemeriksaan gigi (20.0%). Tahap pengetahuanadalah memuaskan manakala tahap sikap dan amalan jururawat terhadap kesihatan pergigian IM adalahbaik.STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Perbincangan bersama ketua jururawat KKIA Bukit Betong untuk strategi kerjasama KKIA dan KPBBtelah dilakukan. Seterusnya, kerjasama dengan jururawat untuk lawatan bersama ke Klinik Desa sertamewujudkan %u2018Recall%u2013system%u2019. CDE atas talian serta beberapa aktiviti dilakukan kepada staf KKIA sertapesakit.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Peratus pemeriksaan IM di KPBB telah dapat dipertingkatkan daripada 38.1% (Januari %u2013 September2021) kepada 129.2% (Oktober%u2013Disember 2021). Peratus ini berdasarkan formula peratus IM yang hadirke KPBB pada sukuan per kedatangan baru IM di KKIA untuk sukuan tersebut. Peratus IM melebihi100% kerana IM telah didaftarkan pada (Januari %u2013 September 2021) diambil kira pada (Oktober %u2013Disember 2021). Tahap pengetahuan, sikap dan amalan jururawat KKIA meningkat selepas strategipenambahbaikan dilakukan. ABNA (Achievable Benefit Not Achieved) bertambah baik daripada 46.9%kepada -44.0%.201 | Page