Page 14 - NIH Bulletin Vol. 21: January - June 2023 NIH Way Forward
P. 14

Vol : 21 • January - Jun 2023 •





                  4. BENGKEL PEMANTAPAN JAWATANKUASA ETIKA

                     PENYELIDIKAN MANUSIA



                  Sesi Bengkel Pemantapan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia Research Management and
                  Innovation Complex (RMIC) bersama Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
                  (UPSI) dan Lawatan Penanda Aras Makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan
                  Negara (NIH) Malaysia telah diadakan pada 2 Februari 2023 di IMR. Bengkel ini bertujuan sebagai latihan
                  berterusan kepada ahli jawatankuasa dan telah berjaya direalisasikan dengan usaha dan kerjasama Dr
                  Masita Arip, Pakar Perubatan Patologi dan Ketua Pusat Penyelidikan Alergi & Imunologi, IMR yang juga
                  merupakan ahli jawatankuasa saintifik Etika Manusia UPSI.
                  Sesi bengkel bertajuk “Pengurusan Jawatankuasa Etika dan Pelaksanaan Pemantauan”. Kedua-dua sesi
                  dikendalikan oleh Dr Lee Keng Yee, Sektor Etika dan Pengawasan Penyelidikan, NIH.






























                  Barisan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ahli Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia dan Dr Lee Keng Yee
                  di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

























                  Barisan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ahli Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia dan Dr Lee Keng Yee
                  di lobi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)








            14                                                                         NIH Bulletin | National Institutes of Health
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19