Page 38 - NIH Bulletin Vol 19, January-June 2022, Entering the Endemic Phase: Nurturing Ideas in Healthcare
P. 38

Bulletin National Institutes of Health, Malaysia  Vol 19 • January - June 2022





                SUKARELAWAN BANJIR NIH 2022








          Hujan lebat yang berlarutan selama 2 hari mengakibatkan
          kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir
          pada pertengahan bulan Disember 2021 yang lalu.

          Kebanyakkan warga NIH yang tinggal di Selangor menjadi
          mangsa banjir.

          Oleh itu, pasukan sukarelawan banjir NIH ditubuhkan pada
          21 Disember 2021 untuk membantu warga kerja NIH yang
          menjadi mangsa akibat banjir di Lembah Klang.


          Misi  menyelamat  mangsa  banjir NIH  bermula  pada  22
          Disember 2021 sehingga 24 Disember 2021.

          Pasukan sukarelawan banjir NIH terdiri daripada 126 orang
          ahli sukarelawan yang majoritinya terdiri daripada warga
          kerja IMR, Pejabat Pengurus dan ahli dari institut- institut
          yang lain. Pasukan sukarelawan banjir NIH tersebut diketuai
          oleh Datin Dr Mona Lisa binti Md Rasip, selaku Ketua Unit
          Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan NIH.
          Pada 21 Disember 2021, sebuah taklimat bertajuk Taklimat
          Sukarelawan Banjir NIH diadakan di Auditorium 2
          disampaikan oleh Datin Dr Mona Lisa sebagai pengerusi
          taklimat. Taklimat tersebut adalah bagi tujuan penyelarasan
          tugasan sukarelawan, tatacara pakaian yang sesuai dan
          keselamatan sukarelawan ketika berada di kawasan banjir.             Keadaan pasca banjir

                                                              Ahli sukarelawan banjir NIH dibahagikan kepada beberapa
                                                              pasukan mengikut katagori tugasan masing- masing.
                                                              Setiap pasukan tersebut diketuai oleh seorang ketua
                                                              pasukan.  Antara tugasan sukarelawan banjir NIH adalah
                                                              seperti berikut:

                                                                 •  Pembersihan rumah mangsa banjir
                                                                 •  Pemberian flood kit
                                                                 •  Peyediaan dan penghantaran makanan ke lokasi banjir
                                                                 •  Pemberian duit kepda mangsa banjir


                       Keadaan rumah mangsa banjir            Secara  keseluruhannya,  sukarelawan banjir  NIH  telah
                                                              berjaya menghulurkan bantuan kepada 14 buah rumah
                                                              mangsa NIH di sekitar Lembah Klang.














                       Keadaan rumah mangsa banjir

       36
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43