Page 41 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 41
Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
th
11 National QA Convention, 4 – 6 October 2022
PP-03
Menurunkan Kejadian Anemia pada Akhir Kehamilan di Daerah Setiu
Che Aidil Idura CH, Nor Kasmawati J, Nor Nina Wati N, Nik Rozilan Y, Suzee H
Klinik Kesihatan Permaisuri, Terengganu
PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
Di seluruh daerah Setiu, peratus anemia pada akhir kehamilan iaitu paras hemoglobin kurang daripada 11.0gm/
dl ketika usia kehamilan 35-37 minggu dan 6 hari pada Januari-Jun 2019 meningkat kepada 9% berbanding
5.9% pada 2018 dan telah melebihi standard ≤ 7.0%.
PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
Projek ini dijalankan untuk melihat faktor-faktor penyumbang kepada peningkatan kes anemia bagi merangka
strategi penambahbaikan untuk mengurangkan kejadian anemia pada akhir kehamilan. Indikator bagi projek
ini ialah peratus pesakit mempunyai anemia pada akhir kehamilan dengan standard ≤7.0%.
PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
Satu kajian retrospektif telah dijalankan untuk menentukan peratus anemia pada akhir kehamilan berdasarkan
reten KIB201A pada Julai 2019 serta kajian hirisan lintang untuk melihat tahap pengetahuan anggota serta
pengetahuan, sikap dan praktis pesakit dengan menggunakan borang kaji selidik. Kajian selepas intervensi
dijalankan semula pada Jun 2021.
ANALISIS DAN INTERPRETASI:
Analisis kajian verifikasi dibuat dengan merujuk Reten KIB201A. Didapati pada Januari hingga Jun 2019 kes
anemia di daerah Setiu tinggi iaitu 9%. Faktor penyumbang dikenal pasti seperti rawatan tidak optima, anggota
kurang pengetahuan tentang pengendalian anemia, pesakit kurang pengetahuan serta tidak patuh terhadap
tatacara pengambilan zat besi.
STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
Proses kerja pengendalian kes anemia ditambahbaik termasuk pengambilan serum ferritin yang lebih awal
serta penggunaan intravena iron sucrose yang diberi di Hospital Setiu. Perbincangan dan pembentangan kes
anemia dijalankan pada setiap bulan. “Kit anemia” yang terdiri daripada roda anemia, risalah, kad tablet zat
besi serta carta hematinik digunakan sebagai alat bantuan pengurusan anemia.
KESAN PENAMBAHBAIKAN:
Peratus anemia pada akhir kehamilan di daerah Setiu menurun daripada 9% (Januari-Jun 2019) kepada
0.95% (Januari-Jun 2021). Tahap pengetahuan anggota meningkat daripada 21% kepada 89%. Kepatuhan
pengambilan zat besi meningkat daripada 43% kepada 85%. Hanya 28% sahaja pesakit yang mempraktikkan
pengambilan teh dan kopi bersama hidangan utama. Pengetahuan pesakit tentang makanan tinggi zat besi
meningkat dari 51% kepada 85%.
LANGKAH SETERUSNYA:
Ujian serum ferritin perlu dijalankan lebih awal dan penggunaan intravena iron sucrose diperluaskan dan
dibenarkan diberi di semua klinik kesihatan.
37