Page 39 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 39
Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
11 National QA Convention, 4 – 6 October 2022
th
PP-01
Mengurangkan Pembaziran Produk Susu Enteral di Hospital Tawau
Julani S, Ahadi A, Mohd Redzuan, Sumarni AR, Suriani A
Hospital Tawau, Sabah
PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
Pemberian susu enteral adalah sokongan pemakanan yang diberikan kepada pesakit untuk memperbaiki
dan mengekalkan keseluruhan nutrisi pesakit. Sokongan pemakanan membantu mengoptimakan keperluan
nutrisi pesakit bagi membantu proses penyembuhan pesakit di wad. Oleh itu, kekurangan produk enteral
boleh menyebabkan gangguan ataupun kelambatan proses penyembuhan pesakit. Kajian ini bertujuan untuk
mengurangkan masalah pembaziran produk enteral di Wad Pembedahan dan Perubatan Hospital Tawau.
PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
Indikator bagi kajian ini ialah jumlah harga produk enteral yang dibazirkan. Standard yang ditetapkan adalah
pembaziran tidak melebihi RM1000.00.
PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
Satu kajian verifikasi dengan menggunakan borang audit bekalan enteral telah dilakukan pada bulan
Mac sehingga Ogos 2019 mendapati jumlah pembaziran adalah sebanyak RM5,879.00. Kajian selepas
penambahbaikan kitaran pertama telah dilakukan pada Julai sehingga Disember 2021.
ANALISIS DAN INTERPRETASI:
Melalui data dan pemerhatian yang diperolehi, faktor utama pembaziran adalah faktor pesakit seperti pesakit
discaj, pesakit bertukar jenis produk dan pesakit berpuasa. Selain itu, jenis pembungkusan yang tidak sesuai,
faktor staf di wad dan tiada sebarang pendedahan kepentingan produk enteral.
STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
Bagi mengatasi masalah ini, langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan adalah dengan menjalankan
audit 2 kali sebulan, menggunakan plastik yang lebih tebal untuk pembungkusan semula, penggunaan semula
produk enteral, produk diberikan kepada pesakit yang discaj untuk digunakan di rumah, memberikan ceramah
berkaitan pengurusan produk enteral kepada para jururawat.
KESAN PENAMBAHBAIKAN:
Selepas intervensi dijalankan, jumlah pembaziran pada Julai sehingga Disember 2021 dapat dikurangkan
kepada RM198.00.
LANGKAH SETERUSNYA:
Kami bercadang untuk mengaplikasikan langkah penambahbaikan dalam amalan kerja harian dan dilakukan
secara berterusan di Hospital Tawau untuk mengurangkan lagi pembaziran produk enteral.
35