Page 30 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 30
Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
th
11 National QA Convention, 4 – 6 October 2022
OP-16
Inisiatif Pergudangan Farmaseutikal Halal Angkatan Tentera Malaysia: Yang Pertama Di
Dunia
A Halim B , Mohd Adlan A , Mohd Azrizal MR , Nur Hidayah AR , Muhammad Najhan MB 2
2
2
1
1
1 Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Kuala Lumpur
2 93 Depot Perubatan & Pergigian Angkatan Tentera, Kuala Lumpur
PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
Amalan patuh syariah adalah keutamaan seorang muslim. Situasi terkini menunjukkan tiada stor farmaseutikal
dipersijilkan halal JAKIM di Malaysia. Inisiatif bagi mendapatkan pengiktirafan halal tersebut amat penting
sebagai menyokong Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan ATM 2030 yang terkandung empat komponen
Amalan Baik Perolehan, Pergudangan, Pengagihan dan Penggunaan Ubat (4P) dalam Prinsip Amalan Farmasi
Patuh Syariah (PAFPS).
PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
Bilangan stor yang akan dipersijilkan halal JAKIM melalui pematuhan Standard Malaysia, Sistem Pengurusan
Rantaian Bekalan Halal – Pergudangan (MS 2400-2:2019).
PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
Kajian ini dilaksanakan dari November 2020 hingga Mac 2022 di tujuh buah stor yang menguruskan 1465
produk farmaseutikal dan bekalan logistik perubatan. Kaedah penentuan kategori halal produk berdasarkan
kod warna hijau/kelabu/merah menggunakan Halal Pharmaceutical Decision Tree (HPDT) adalah suatu
yang nobel dan dibangunkan hasil perbincangan bersama Halal Subject Matter Experts. HPDT menganalisa
sumber bahan aktif dan eksipien yang berpotensi bersumber daripada haiwan dan bahan yang haram dimakan
berdasarkan prinsip syariah Islam. Halal Critical Points (HCP) merupakan titik/prosedur yang perlu dikawal
bagi menjamin integriti halal produk dan proses.
ANALISIS DAN INTERPRETASI:
1465 bilangan produk dianalisa menggunakan HPDT menunjukkan sebanyak 94% produk adalah berstatus
hijau, 4% kelabu dan 2% merah. Pengasingan yang jelas bagi memelihara integriti halal semasa proses 4P
melibatkan sebanyak 13 HCP dikenalpasti dan dipantau ketat melalui Pelan Pengurusan Risiko Halalan
Thoyyiban.
STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
Kesemua produk yang dikategorikan sebagai item hijau/kelabu/merah dibuat pengasingan yang jelas semasa
proses 4P. Penambahbaikan dibuat secara serentak bagi kesemua tujuh stor terhadap pengendalian produk
berdasarkan kategori halal produk tersebut.
KESAN PENAMBAHBAIKAN:
Implementasi MS2400-2:019 membenarkan produk farmaseutikal dan bekalan logistik perubatan yang
ditadbir 93DPPAT berlandaskan PAFPS serta menjamin integriti halal. Tujuh stor 93DPPAT termasuk Stor
Farmaseutikal Depot dipersijilkan halal JAKIM pada 16 April 2022 yang merupakan fasiliti kerajaan pertama
seumpamanya di dunia.
LANGKAH SETERUSNYA:
Memastikan semua rakan rantaian pembekal dan stor unit dalam fasiliti kesihatan ATM mengadaptasi serta
membudayakan Sistem Pengurusan Rantaian Bekalan Halal melalui kitaran Plan-Do-Check-Act (PDCA) yang
ditetapkan dalam PAFPS.
26