Page 33 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 33

Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
                                                                                   th
                                                                                 11  National QA Convention, 4 – 6 October 2022
               OP-19

               Mengurangkan Pembaziran Hidangan Protein (HP) di Kalangan Pesakit yang Memerlukan
               Diet Tinggi Protein (DTP) di Wad Pembedahan dan Onkologi


               Nurhidayah MS, Fatimah Amirah Z, Abd Razak M, Hamizah Z, Mohd Nazwan MS, Sofea Y, Azlan M
               Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor

               PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
               Pesakit yang menjalani pembedahan dan rawatan onkologi memerlukan DTP.  Pesakit dihidang 3-4 HP dalam
               satu waktu makan. Pembaziran didapati berlaku daripada praktis ini dan boleh menyebabkan kerugian kerana
               kos DTP lebih mahal (RM10) berbanding diet normal (RM7).

               PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
               Kajian ini mengukur peratus jumlah pembaziran HP dengan standard ≤26% berdasarkan kajian pembaziran
               diet dan strategi perubahan oleh Peter & Karen, 2011.

               PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
               Kajian hirisan lintang dijalankan untuk menilai jumlah pembaziran HP dan mengenalpasti faktor penyebab
               pembaziran. Subjek kajian adalah pesakit yang menerima hidangan DTP di wad pembedahan dan onkologi.
               Borang kaji selidik digunakan untuk mendapat maklumat pesakit dan maklumbalas diet. HP ditimbang sebelum
               dan selepas pesakit makan bagi mengukur jumlah pembaziran.

               ANALISIS DAN INTERPRETASI:
               Jumlah pembaziran HP sebelum langkah penambahbaikan adalah 63.5% (ABNA=37.5%). Faktor penyumbang
               yang dikenalpasti adalah pemberian DTP secara automatik tanpa rujukan pegawai dietetik, pesakit tidak dapat
               menghabiskan HP yang banyak dalam satu masa, pesakit makan diet dari luar dan tahap kepuasan pesakit yang
               rendah terhadap diet.

               STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
               Porsi HP diagihkan kepada empat waktu makan berbanding dua waktu makan sebelum kajian dijalankan.
               Pesanan diet secara automatik telah dibatalkan dan semua pesakit perlu dirujuk kepada pegawai dietetik untuk
               mendapatkan DTP. Pesakit yang menolak diet hospital diberikan minuman berkhasiat. Menu dan resepi piawai
               ditambahbaik. Ceramah mengenai kepentingan DTP diberi kepada anggota sajian dan wad. Kempen makan
               diet hospital turut dijalankan.

               KESAN PENAMBAHBAIKAN:
               Jumlah pembaziran telah berkurang dari 63.5% kepada 27.5% (ABNA=1.5%) selepas langkah penambahbaikan
               dilaksanakan. Jumlah kos yang terbazir juga berkurang daripada 51.4% kepada 16% dimana nilai pembaziran
               dapat dikurangkan daripada RM 1.50 kepada RM 0.35 per HP.

               LANGKAH SETERUSNYA:
               Kaedah penambahbaikan perlu diteruskan di semua wad. Pembatalan pesanan DTP bagi pesakit yang telah
               menerima 70% tenaga daripada minuman berkhasiat, sistem pesanan diet atas talian, pelekat pembatalan diet
               pada tiket pesakit (BHT) dan buku menu di wad perlu diwujudkan.













                                                                                                              29
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38