Page 25 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 25

Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
                                                                                   th
                                                                                 11  National QA Convention, 4 – 6 October 2022
               OP-11

               Menurunkan Kadar Anemia dalam kalangan Ibu Hamil pada Usia Kandungan 36 Minggu
               di KKIA Betong, Sarawak


               Johnny P, Mohd Nur Azam B, Siti Zulaikha A, Hairunnesa TMS, Juliana B, Wong LL, Lam MK, Patricia B,
               Melissa A
               Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Betong, Sarawak

               PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
               Anemia merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh ibu mengandung di seluruh dunia. Peratusan
               anemia dikalangan ibu hamil pada 36 minggu di KKIA Betong iaitu 17.7% (2015), 13.4% (2016) dan 16%
               (2017) menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan dan melebihi sasaran Key Performance Index (KPI)
               kebangsaan 2018, iaitu 7.2%. Hal ini akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang, kelahiran bayi kurang
               berat badan serta kematian perinatal.

               PENGUKURAN UTAMA UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
               Projek ini bertujuan untuk menurunkan kadar kejadian anemia dalam kalangan ibu hamil pada usia kandungan
               36 minggu.


               PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
               Maklumat untuk projek ini diperolehi melalui buku rekod kesihatan ibu, reten KIB201A Pind.2/2007, dan
               buku  rekod  KIB  107.  Kajian  soal  selidik  dilakukan  untuk  menilai  data  demografik,  pengetahuan,  amalan
               pengambilan pil hematinik dalam kalangan ibu hamil yang berdaftar di KKIA Betong dalam tempoh Januari-
               Mac 2018.


               ANALISA DAN INTERPRETASI:
               Didapati hanya 9.5% ibu hamil memahami sepenuhnya mengenai anemia dan 55.6% ibu hamil mengambil
               pil hematinik dengan cara yang salah. Peningkatan peratusan ibu hamil yang anemia pada usia kandungan 36
               minggu di KKIA Betong dapat dilihat pada tahun 2012 (19.1%), 2013 (22.5%), 2014 (25.8%), 2015 (17.7%),
               2016 (13.4%) dan tahun 2017 (16%).

               STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
               Penerapan pengendalian kes ibu hamil berdasarkan Model of Good Care di KKIA Betong telah dijalankan.
               Pendidikan kesihatan mengenai pencegahan dan rawatan anemia diberi kepada ibu hamil. Satu inovasi Kad
               Celik Anemia diwujudkan untuk memberi pendedahan anemia kepada ibu hamil.


               KESAN PENAMBAHBAIKAN:
               Pengetahuan  ibu  hamil  berkaitan  dengan  anemia  meningkat  kepada  90.5%  selepas  intervensi  serta  cara
               pengambilan pil hematinik yang salah dapat dikurangkan kepada 20.6%. Pencapaian ibu hamil anemia pada
               usia kandungan 36 minggu KKIA Betong berjaya diturunkan sehingga 3.5% bagi 2018, 2019 (1%), 2020
               (2.7%) dan 3.7% pada tahun 2021.


               LANGKAH SETERUSNYA:
               Pemantauan secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan semua ibu hamil anemia diberi rawatan dan
               mendapat pengurusan lanjut dari doktor. Pendidikan kesihatan yang berterusan mengenai cara pengambilan
               ubat dan pemakanan ibu hamil anemia hendaklah dilakukan oleh semua petugas kesihatan di KKIA Betong.












                                                                                                              21
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30