Page 177 - Demo
P. 177


                                    Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024QLL-79Mengurangkan Peratus Ubat-ubatan Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu(SPUB) yang Tidak Dituntut oleh Pesakit di Unit Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) BesutWan Norshajihah WS1, Muhamad Azlan AS2, Nur Amanina CD3, Nurul Sakinah A4, Noorul Atiqah R1,Muhammad Zaki A51 Unit Farmasi Klinik Kesihatan Padang Luas, Terengganu2 Unit Farmasi Klinik Kesihatan Jerteh, Terengganu3 Unit Farmasi Klinik Kesihatan Klinik Pasir Akar, Terengganu4 Unit Farmasi Klinik Kesihatan Jabi, Terengganu5 Unit Farmasi Klinik Kesihatan Kuala Besut, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Peningkatan ubat Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu (SPUB) tidak dituntut di unit FarmasiPejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut, sebanyak 27% pada tahun 2021 dan 35% pada tahun 2022dengan kos pembaziran sebanyak RM19,482 pada tahun 2021 dan RM25,758 pada tahun 2022. Kajian inibertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang masalah dan melaksanakan penambahbaikandan menilai semula tahap keberkesanan penambahbaikan yang dilakukan.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Kajian ini mengukur peratus ubat-ubatan SPUB yang tidak dituntut di unit Farmasi PKD Besut denganstandard 20% yang ditetapkan berdasarkan mesyuarat pengurusan dan teknikal farmasi daerah.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian verifikasi dijalankan dari Januari hingga Jun 2023 berdasarkan registri SPUB. Kajian faktormelalui soal selidik melibatkan 45 kakitangan farmasi, 65 staf kesihatan PKD Besut, dan 100 pesakit dariJun hingga Julai 2023 dan kajian penambahbaikan kualiti telah dijalankan pada dua kitaran iaitu dari Julaihingga Oktober 2023 (kitaran 1) dan Januari hingga Mac 2024 (kitaran 2). Kajian penilaian semula diukurmelalui soal selidik dan data daripada SPUB-Dynamix (Julai 2023 - Mei 2024).ANALISIS DAN INTERPRETASI:Kajian verifikasi menunjukkan peratus ubatan tidak dituntut tinggi iaitu 55% (RM39,168.41) di mana25% (RM 7,786.30) daripadanya telah luput tarikh. Faktor utama adalah tiada sistem pemantauan (92%),pesakit mempunyai lebihan ubat di rumah (75%), pesakit berjumpa semula dengan doktor di fasiliti yangdirujuk untuk mendapatkan bekalan ubat (64%), tiada carta alir pemulangan ubat tidak dituntut (60%),dan rekod inden SPUB tidak sistematik (54%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Mewujudkan sistem pemantauan ubat SPUB (SPUB-Dynamix) secara sistematik menggunakan AdvancedMicrosoft Excel, mewujudkan carta alir pemulangan ubat SPUB tidak dituntut, mengedarkan risalahSPUB, dan memperkasa penggunaan MyMAAT ketika pendispensan ubat.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Peratusan ubat-ubatan SPUB yang tidak dituntut di unit Farmasi PKD Besut berjaya dikurangkan kepada22% pada kitaran 1 dengan pengurangan ABNA 2% dan telah mencapai sasaran ABNA pada kitaran 2iaitu 18% dengan kos penjimatan RM32,641.21.LANGKAH SETERUSNYA:Mengadakan kolaborasi dengan hospital-hospital yang terlibat dengan memperluas penggunaan sistem%u201cSPUB-Dynamix%u201d.176 | Page
                                
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181