Page 73 - Demo
P. 73
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024PP-21Meningkatkan Peratus Pencapaian HBA1C %u22646.5% dalam kalangan Pesakit DiabetesMellitus Jenis 2 (T2DM) baharu di Pejabat Kesihatan Daerah PontianFaradia M1, Shahrul Azrina AR2, Siti Annisak MK11 Klinik Kesihatan Pontian, Johor2 Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, JohorPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAIKAN:Dilaporkan 6.6% daripada 121,697 pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2 (T2DM) berdaftar di Johormerupakan pesakit Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian. Insiden pesakit T2DM baharu didiagnos diPKD Pontian menunjukkan peningkatan daripada 8.9% (2020) dan 10.2% (2021) kepada 10.5% pada2022.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator kajian ialah peratus pesakit T2DM baharu didiagnos mencapai HbA1c %u22646.5%. Standardditetapkan ialah >30% digarap daripada penetapan pesakit T2DM perlu mencapai HbA1c %u22646.5%(National Diabetic Registry, Kementerian Kesihatan Malaysia).PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian penambahbaikan kualiti (Julai 2022-Disember 2023) melibatkan 266 orang pesakit melaluipersampelan purposive, merangkumi kitaran 1 dan 2. Kriteria inklusi ialah pesakit T2DM baharudidiagnosa. Kriteria eksklusi ialah pesakit anemia, antenatal dan end stage renal failure. Pengumpulandata menggunakan temuramah FRAMES (Feedback, Responsibility, Advice, Menu of Options, Empathy,Self of ef icacy), borang soal selidik, dan keputusan ujian darah.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Kajian verifikasi mendapati hanya 11.6% pesakit mencapai HbA1C %u22646.5%. Faktor utama yang dikesanialah tidak tahu cara pemakanan yang betul (65%), tiada kawalan pemakanan (60%), dan tiadapemeriksaan gula kendiri (55%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Kitaran 1 (Nov 2022 - Mac 2023) memperkenalkan lapan strategi iaitu i) Diabetic Roadshow,ii) pengukuhan kumpulan, iii) slogan %u201cMujur ada glucometer%u2026%u201d, iv) penerapan Training of Trainers,v) pembekalan peralatan sokongan, vi) memperkasa defaulter tracing dan home medication review,vii) sistem reward dan viii) kolaborasi agensi luar (Tabung Haji, Econsave). Kitaran 2 (Jun - Okt 2023)melibatkan pesakit yang sama dengan lima strategi tambahan iaitu i) Virtual Klinik, ii) konsultasiSugarCare2u, iii) pelantikan Duta Gula Good, iv) laman sesawang Diabetes Roadshow serta v) perluasankolaborasi (Cancer Support Group (CGS), Persatuan Warga Emas (PAWE), klinik swasta)).KESAN PENAMBAHBAIKAN:Peratus pesakit dengan HbA1C %u22646.5% meningkat daripada 11.6% (ABNA:18.4%) kepada 23.4%(ABNA:6.6%) pada Kitaran 1 dan 30.8% (ABNA:-0.08) pada Kitaran 2. Faktor utama menunjukkanpenurunan iaitu tidak tahu cara pemakanan yang betul (15%), tiada kawalan pemakanan (32%), dan tiadapemeriksaan gula kendiri (24%). Sebanyak 88.8% pesakit berpuas hati dengan intervensi Kitaran 1 danmeningkat di Kitaran 2 (100%). Peratus pesakit mempunyai glucometer meningkat daripada 5.8%(verifikasi) kepada 12.9% (Kitaran 2).LANGKAH SETERUSNYA:Replikasi telah dijalankan di Zon Johor Selatan dan perluasan ke seluruh negeri. Modul DiabetesRoadshow akan dibangunkan dan diperluaskan kepada penjaga.72 | Page