Page 14 - BUKU PANDUAN COVID-19 MUSLIM
P. 14

APABILA SIMPTOM SEMAKIN MELARAT



          Membuat taubat sepenuhnya (Nasuha)





                2) Hak-hak ciptaan Tuhan
              Ia memerlukan syarat-syarat yang dinyatakan di halaman sebelumnya

              dan pentaubat harus memperbetul kesalahan yang mereka lakukan
              pada orang tersebut, terdapat dua kategori berikut
              A. Harta hak milik


                  Jika kesalahan adalah mengambil atau meminjam barang, ia harus
                  dipulangkan.
                  Jika barang tersebut sudah hilang atau tidak boleh diambil balik sesuatu
                  yang sama harus digantikan.
                  Jika benda yang sama tidak dapat dicari maka harganya di dalam
                  matawang harus dibayar.

                  Jika mangsa itu sudah meninggal atau tiada, ganti kepada warisnya.
                  Pengganti itu muslim: Jika masih gagal jumpa atau hubungi,
                  sedekahkan nilai itu ke badan amal bagi pihak mereka.
                  Pengganti itu bukan muslim: Jika masih gagal jumpa atau hubungi,
                  sedekahkan nilai itu ke badan amal tapi tidak wajib untuk pemberian itu
                  bagi pihak mereka.


              B. Integriti Peribadi / Maruah


                  Wajib meminta maaf dari semua yang telah disalahi samada dari segi fizikal

                  atau kata-kata seperti mencarut, mengutuk, menfitnah dan menuduh.
                  Terbaik adalah dengan meminta maaf depan mata terus kepada orang yang
                  terlibat
                  Walaubagaimanapun, boleh juga memohon ampun dari Allah s.w.t supaya
                  dosa itu dimaafkan JIKA:

                  1) orang itu tidak menyedari bahawa anda telah menzalimi mereka /
                  meminta maaf akan menyebabkan lebih banyak keburukan daripada

                  kebaikan
                  2) tiada cara untuk menghubungi mereka
                  Drafkan mesej atau nota suara untuk dihantar kepada orang terlibat secepat
                  mungkin. Anda boleh menolong saudara-mara tua yang perlu melakukan ini
                  dengan membantu mereka membuat mesej.

                  Contoh pesanan: "Saya percaya, saya mungkin telah mengutuk atau
                  menganggap negatif terhadap anda, bolehkah anda memaafkan saya ?..."



                                                                                                               14
                  H A K   C I P T A   ©   2 0 2 0   S P I R I T U A L   A N T I D O T E   P U B L I C A T I O N S
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19