Page 15 - NIH Bulletin Vol. 20 July - December 2022 "Nurturing Ideas in Healthcare"
P. 15

Cabaran & Aspirasi
                                                              P      engurus
                                                              Pengurus



                                                                                           NIH
                                                                                           NIH





                                                                 Terlebih	dahulu	saya	mengucapkan	ribuan	terima	kasih	kepada
                                                                 Sidang	Redaksi	Buletin	NIH	kerana	memberi	peluang	dan	ruang
                                                                 untuk	penulisan	saya	sebagai	Pengurus	NIH	yang	pertama	dan
                                                                 sebagai	mantan	Ketua	NIH	yang	dilantik	khas	dan	menanggung
                                                                 kerja	dan	amanah	mulai	4	Januari	2021.

                                                                 Apabila	 keputusan	 muktamad	 Jabatan	 Perkhidmatan	 Awam
                                                                 (JPA)	 ke	 atas	 pengstrukturan	 semula	 Institut	 Kesihatan	 Negara
                                                                 (NIH)	 pada	 12	 Disember	 2021,	 bermulalah	 mandat,	 amanah
                                                                 serta	 tanggungjawab	 saya	 mengetuai	 NIH	 selaku	 Pengurus
                                                                      “ “  In this working life, we



                                                                       cannot always do great things;
                                                                      But we can do small things that
                                                                      leads to great things; with great
                                                                               love and loyalty          “ “


                  NIH.	Dengan	itu	juga	bermulalah	cabaran	untuk	mentadbir	urus	NIH	yang	bergabung	dan	bersatu	sebagai	1	organisasi,	1	pusat
                  tanggungjawab	(PTJ	NIH)	di	dalam	satu	bangunan	baru	iaitu	Kompleks	NIH.	Alhamdulillah	dengan	sokongan	padu	dan	kerjasama
                  erat	daripada	warga	NIH	sendiri,	khasnya	daripada	pihak	Pengurusan	Tertinggi	NIH	(TKPK	P&ST,	Pengarah-pengarah	Institut	dan
                  Pendaftar	NIH),	NIH	telah	berjaya	sampai	ke	tahap	kecemerlangan	sebagai	sebuah	organisasi	penyelidikan	yang	cemerlang,	terbilang
                  dan	gemilang	yang	menjadi	kebanggaan	Kementerian	Kesihatan	Malaysia	(KKM).
                  Peranan	 dan	 pencapaian	 NIH	 sebagai	 sebuah	 entiti	 penyelidikan	 yang	 “baru”	 bergabung	 terserlah	 semasa	 pra	 dan	 pandemik
                  COVID-19	 di	 mana	 setiap	 warga	 penyelidik	 Institut	 dari	 pelbagai	 “niche  research  areas”	 telah	 memainkan	 peranan	 dari	 segi
                  melaksanakan	penyelidikan	COVID-19,	sama-sama	turun	padang	dengan	frontliners	KKM	di	dalam	pemantauan,	pengurusan	dan
                  perkhidmatan	semasa	pandemik	tersebut.	Budaya	kerja	dan	budaya	penyelidikan	serta	pencapaian	NIH	pada	masa	tersebut	amatlah
                  membanggakan	saya,	secara	peribadi.

                  Kepuasan	berkhidmat	kepada	NIH,	mulai	ground	zero	NIH	juga	menjadi	satu	kenangan	manis	buat	saya	apabila	warga	NIH	sekali	lagi
                  menyerlah	dan	bersinar	semasa	perasmian	Kompleks	NIH	pada	9	Ogos	2022	di	mana	Kebawah	Duli	Yang	Maha	Mulia	(KDYMM)	Seri
                  Paduka	Baginda	Yang	Di-Pertuan	Agong,	Al-Sultan	Abdullah	Ri’ayatuddin	Al-Mustafa	Billah	Shah	Ibni	Almarhum	Sultan	Haji	Ahmad
                  Shah	Al-Musta’in	Billah	dan	Kebawah	Duli	Yang	Maha	Mulia	Seri	Paduka	Baginda	Raja	Permaisuri	Agong	Tunku	Hajah	Azizah	Aminah
                  Maimunah	 Iskandariah	 binti	 Almarhum	 Al-Mutawakkil	 Alallah	 Sultan	 Iskandar	 Al-Haj	 berkenan	 untuk	 bercemar	 duli	 merasmikan
                  Kompleks	NIH	Setia	Alam.
                  Perasaan	sayu,	gembira,	teruja,	syukur,	rendah	diri	tidak	dapat	digambarkan	apabila	mengetuai	warga	NIH	berada	di	atas	pentas
                  bersama	KDYMM	Seri	Paduka	Baginda	dan	YBMK.

                  “I have given my ALL, my best to NIH and NIH has done me proud”
                  Mulai	15	November	2022,	NIH	memperolehi	Pengurus	dan	Ketua	NIH	yang	baru	yang	akan	meneruskan	amanah	dan	tanggungjawab
                  stewardship	bahtera	NIH	ke	era	yang	lebih	cemerlang	di	prasada	dalam	dan	luar	negara.	Dengan	kerjasama	erat,	sokongan	padu	dari
                  warga	NIH	dan	KKM	saya	yakin	NIH	tetap	mampu	dan	boleh!!!!

                  I have learnt that people will forget what you said,
                  People will forget what you did,
                  But people will never forget how you made them feel.



                  Dr. S Asmaliza Ismail
                  Pengurus	NIH
                  (4 Jan 2021 - 14 November 2022)




 14  NIH Bulletin | National Institutes of Health  NIH Bulletin | National Institutes of Health                   15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20