Page 15 - Q BULLETIN, Ministry of Health Malaysia, VOLUME 1, NO. 31 (SUPPLEMENT 1), JAN-DEC 2022
P. 15

Q Bulletin, Volume 1, No. 31 (Supplement 1), Jan - Dec 2022
                                                                                   th
                                                                                 11  National QA Convention, 4 – 6 October 2022
               OP-01

               Meningkatkan Peratusan Sesi Pendermaan Darah  (Mobile) yang Mencapai  Sasaran
               Jumlah Kutipan Beg Darah di Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
               Terengganu


               Norsuzilawati A, Noor Hamizah MH, Mohd Muhaimin K, Azlan K
               Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

               PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
               Bekalan darah yang mencukupi diperlukan memandangkan tiada alternatif darah sintetik berupaya menggantikan
               fungsi darah. Mobile yang tidak mencapai sasaran boleh menjejaskan bekalan darah dan perawatan pesakit.

               PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:
               Kajian ini adalah untuk meningkatkan peratusan mobile yang mencapai sasaran. Standard yang ditetapkan
               ialah ≥ 75%.

               PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:
               Kajian verifikasi dijalankan pada Februari 2020 (sebelum pendemik COVID-19). Sasaran pendermaan darah
               bagi setiap mobile ditetapkan berdasarkan jumlah populasi setempat, rekod pendermaan terdahulu dan sasaran
               penganjur. Data jumlah pendermaan darah diperolehi daripada Blood Bank Information System. Intervensi
               telah dijalankan pada November 2020 hingga Mac 2021. Post intervensi dijalankan pada April 2021. Mobile
               ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikecualikan dari kajian ini.

               ANALISIS DAN INTERPRETASI:
               Hanya 58% daripada mobile mencapai sasaran sebelum penambahbaikan dijalankan iaitu ABNA sebanyak
               17%.  Beberapa  faktor  telah  dikenalpasti  menyumbang  kepada  permasalahan  tersebut,  iaitu  perancangan
               program tidak optimum, promosi kurang berkesan, layanan staf kurang efektif dan kurang motivasi untuk
               menderma darah.

               STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:
               Beberapa langkah penambahbaikan  telah dijalankan  seperti perubahan kaedah  Blood stock forecast,
               pendermaan darah di hospital daerah ditukar dari walk-in donation ke mobile dan perubahan masa mobile di
               pasaraya dari waktu pagi kepada waktu puncak (malam). Selain itu, promosi derma darah dibuat lebih awal
               sekurang-kurangnya 2 hari sebelum mobile, anggota tambahan dari jabatan lain direkrut dan mobile patuh
               syariah dilaksanakan. Disamping itu, kaedah post mortem ditukar dari mesyuarat mingguan kepada real time
               monitoring. Inisiatif Program Medal Kesetiaan dan suntikan awal vaksinasi COVID-19 untuk penderma darah
               turut diperkenalkan.

               KESAN PENAMBAHBAIKAN:
               Hasil penambahbaikan menunjukkan peningkatan kepada 79% mobile yang mencapai sasaran. Kajian ini juga
               mendapati keperluan untuk menambah bilangan mobile akibat program sedia ada tidak mencapai sasaran dapat
               dikurangkan. Ini dapat mengurangkan beban tugas dan kos kewangan untuk bayaran kerja lebih masa. Selain
               itu, bekalan darah bertambah dan sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit.

               LANGKAH SETERUSNYA:
               Pemantauan berterusan pelaksanaan langkah penambahbaikan akan dilaksanakan. Strategi penambahbaikan
               berkesan seperti Program Medal Kesetiaan dicadangkan untuk dilaksanakan ke seluruh negara.








                                                                                                              11
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20