Page 29 - Demo
P. 29
Q Bulletin, Volume 1, No. 32 (Supplement 1), Jan - Dec 202412th National QA Convention, 8 %u2013 10 October 2024OP-03Meningkatkan Penggunaan Kit iFOBT untuk Saringan Kanser Kolorektal di KlinikKesihatan ChenderingTengku Zahidah TZA, Nur Syazana AS, Rozimah AL, Izatul Asma M, Roazilawati MKlinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu, TerengganuPEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN:Kanser kolorektal boleh dicegah dan dirawat dengan efektif jika dikesan pada peringkat awal. Saringankanser kolorektal menggunakan kit iFOBT di Klinik Kesihatan Chendering (KKC) pada tahun 2021 tidakmencapai sasaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Sektor Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) iaitu hanya 57.8%. Projek ini bertujuan untukmeningkatkan penggunaan kit iFOBT untuk saringan kanser kolorektal di KKC.PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN:Indikator kajian ini ialah peratusan penggunaan kit iFOBT untuk saringan kanser kolorektal. Ia diukurdengan membahagikan bilangan kit iFOBT yang digunakan daripada bilangan kit iFOBT yang disasarkanpada tahun semasa. Standard yang ditetapkan oleh Sektor NCD JKNT ialah 100%.PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT:Kajian QA/QI telah dijalankan menggunakan borang kaji selidik KAP melalui teknik purposive samplingyang diedarkan kepada 30 orang klien dan 30 orang kakitangan KKC yang memenuhi kriteria inklusipada April %u2013 Mei 2022. Manakala, kajian soal selidik pasca pemulihan dilaksanakan pada Januari %u2013Februari 2023.ANALISIS DAN INTERPRETASI:Kajian verifikasi mendapati jumlah kit yang digunakan pada tahun 2021 adalah 57.8% (n=229). Hasilkajian pra pemulihan menunjukkan faktor penyumbang utama ialah klien kurang berminat (83.3%),kakitangan tidak tahu kriteria saringan iFOBT (66.7%) dan pengisian borang yang berulang (46.7%).STRATEGI PENAMBAHBAIKAN:Strategi utama penambahbaikan ialah melakukan inovasi pada borang PERPAT 301 saringan iFOBT.Strategi lain termasuk tayangan video promosi di ruang menunggu Unit Pesakit Luar (UPL) danpenggunaan bahan kaunseling berinfografik di bilik konsultasi pegawai perubatan. Selain itu, CMEberkala berkaitan kanser kolorektal turut dilaksanakan melibatkan 90.3% anggota di UPL KKC.KESAN PENAMBAHBAIKAN:Kajian pasca pemulihan menunjukkan 91.9% kit iFOBT telah digunakan untuk saringan kanserkolorektal. Jumlah klien kurang berminat menurun kepada 13.3%, pengetahuan kakitangan tentangkriteria saringan meningkat kepada 100% dan tiada pengisian borang secara berulang (0%). AchievableBenefit Not Achieved juga berjaya dikecilkan daripada 42.2% kepada 8.1%.LANGKAH SETERUSNYA:Pasukan kajian bercadang melaksanakan kajian lanjut untuk meningkatkan jumlah pesakit menjalaniprosedur susulan kolonoskopi sekiranya keputusan positif semasa saringan iFOBT.28 | Page